Exco Pemuda Gesa Tukar Pengarah Pilihan Raya UMNO

- Advertisement -

CYBERJAYA: EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin meminta Presiden UMNO, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi agar menukar segera Pengarah PRU UMNO, Dato’ Seri Tajudin Rahman.

Menurutnya, Tajuddin tidak tahu langsung mengemudi gerakan jentera PRU, sebaliknya memecahbelahkan lagi jentera-jentera di bahagian.

Tegasnya, semasa beliau (Tajuddin) ke Lembah Pantai dan Parlimen Tangga Batu, kenyataan-kenyataan beliau bukan kearah strategi parti, sebaliknya hanya banyak sembang kosong dan tidak membantu jentera parti.

“Saya juga ingin menempelak kenyataan beliau yang menyatakan dalam temubual bersama FMT bahawa YB Khairy Jamaluddin tidak turun membantu PRK.

“Saya saksi yang beliau hadir dan turun di setiap PRK serta turun membantu calon-calon BN sepanjang PRK. Beliau fokus di tempat-tempat ceramah. Cuma tidak bersama di ceramah Muafakat Nasional sahaja. Itupun bukan beliau tidak mahu hadir. Masing-masing punya peranan sepanjang PRK,” katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau mendapat maklumbalas negatif yang banyak dari rakyat berkenaan BN. Ujarnya, Ya, ramai yang rindukan BN, tapi mereka tidak suka dengan perangai dan muka-muka pemimpin yang lama. Bukan mereka tidak berjasa, tetapi, rakyat mahu BN menampilkan calon-calon baru yang lebih wibawa demi kemenangan PRU 15.

Justeru, beliau amat menyeru kepada Presiden parti  agar berani menampilkan muka-muka baru untuk PRU 15 kali ini. Sekiranya rakyat minta Poster PM kita bukan Presiden sendiri, saya yakin, Presiden UMNO Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi begitu berjiwa besar untuk memilih sesiapa sahaja demi UMNO dan rakyat.

“Saya percaya, sekiranya Presiden berani melakukan hal ini, beliaulah akan menjadi punca kejayaan BN untuk PRU ke 15 dan akan diangkat sebagai wira sebenar UMNO sepanjang zaman,” ujarnya. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat