Vaksin: Anggota Polis Yang Kononnya Meninggal Dunia, Tidak Alami Gejala Semasa Disuntik

- Advertisement -

IPOH: Anggota polis yang viral kononnya meninggal dunia selepas komplikasi vaksin COVID-19, tidak mengadu sebarang gejala selepas menerima vaksin dos pertama dan kedua.

Pengarah Kesihatan Perak Datuk Dr Ding Lay Ming tampil menjelaskan bahawa, anggota balai polis Gerik berusia lingkungan 50-an itu, menerima dos pertama pada 13 Mac lepas dan menerima dos kedua pada pukul 9 pagi Sabtu.

“Semasa penerimaan vaksin dos pertama itu, pesakit tidak mengadu sebarang gejala, begitu juga selepas menerima vaksin dos kedua, tiada gejala selepas 30 minit pemerhatian,” katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.

Beliau berkata anggota polis berkenaan yang mempunyai sejarah penyakit darah tinggi dan kencing manis itu mengadu sakit pada waktu tengah hari dan diberi rawatan awal di Hospital Gerik sebelum dipindahkan ke Unit Rawatan Jantung Hospital Taiping, kerana mengalami sakit jantung (Myocardial Infarct) dan keadaan pesakit kini adalah stabil.

“Orang ramai digesa supaya tidak menularkan sebarang berita yang belum sahih kerana dibimbangi menimbulkan kegusaran orang ramai,” katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid menafikan berita yang tular mendakwa anggota berkenaan meninggal dunia selepas dimasukkan ke unit kecemasan Hospital Gerik itu akibat pengambilan dos kedua suntikan vaksin COVID-19.

Kenyataan itu dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Junaidah June, bersama laporan dengan menyatakan bahawa berlaku kematian terhadap seorang warga polis daerah Gerik akibat pengambilan vaksin COVID-19.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat