Bersatu Terbuka Bekerjasama Dalam Muafakat Nasional – Wan Saiful

- Advertisement -

PETALING JAYA – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) masih terbuka untuk bekerjasama dalam Muafakat Nasional (MN) yang diasaskan oleh UMNO dan PAS, kata ketua penerangannya Datuk Wan Saiful Wan Jan. 

Beliau berkata parti itu mementingkan kesatuan dalam kerjasama politik, namun pada masa sama mahu memperkukuh gabungan Perikatan Nasional (PN) yang sedia ada. 

“Sikap kita (Bersatu) sentiasa terbuka, kita sentiasa mendahulukan penyatuan. Kita mahukan kesatuan yang sedia ada dikekalkan,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu yang dipengerusikan oleh  presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di sini, hari ini.

UMNO sebelum ini memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Wan Saiful berkata agenda Bersatu jelas iaitu mewujudkan kesatuan politik negara sekali gus membentuk kerajaan yang stabil dan membawa manfaat kepada rakyat.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat