Perlantikan Duta Khas Tidak Jejas Usaha Kerajaan Sekat Covid-19

- Advertisement -

SEPERTI dijangka perlantikan Datuk Seri Abd Hadi Awang sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah, mendapat kritikan dari parti-parti pembangkang terutama dari PAN – sebuah parti serpihan PAS.

Seorang bekas Menteri Pakatan semalam menyifatkan perlantikan itu sebagai satu bentuk pembahagian ‘ghanimah’ (harta rampasan) oleh Perdana Menteri pada saat negara dilanda krisis terburuk Covid.  Beliau turut mendakwa perlantikan ini bukan satu keutamaan dasar luar negara, cukup yang sedia ada untuk menampung dasar negara di Timur Tengah.

Menjawab bekas Menteri berkenaan, dari segi konteks, amalan ‘ghanimah’ ini sebenarnya tidak salah (kalau betul itulah tujuannya Tuan Guru dilantik ke jawatan itu), ia pernah berlaku di zaman Rasullallah saw pun. Bukan mencuri hak orang lain nak kata salah – itupun kalau betul tujuan Perdana Menteri lantik Tuan Guru begitu.

Kita tidak rasa itu tujuannya, ada hal yang lebih besar dari itu kenapa Tuan Guru dilantik ke jawatan tersebut.

Logiknya pun dakwaan itu (ghanimah) tak ada sebab negara kita bukan baru selesai berperang, kerajaan yang dulu tumbang bukan kerana perang tapi kerana ketua mereka letak jawatan (ikut semua Menteri dia sekali hilang kedudukan).

Perang macam manakah itu?

Tapi kalau nak dihujahkan juga. di zaman Pakatan menjadi kerajaan pun, amalan sedemikian sangat berleluasa. Sampai sekarang pun masih ada lantikan hasil ‘ghanimah’ pasca PRU14 ini, yang masih tidak mahu melepaskan jawatan sekalipun pentadbiran kerajaan sudah bertukar – ibarat seperti  ‘perang’ orang lain menang dah (metafora lah yang kita cakapkan ni), dia masih duk kat situ lagi.

Begitu juga dengan soal dasar luar negara, ini juga ditentukan oleh kerajaan yang memerintah, bukan bekas kerajaan.  Keutamaan setiap kerajaan dari segi dasar ini berbeza, seperti mana Pakatan ketika jadi kerajaan dulu juga, ada dasar luar mereka sendiri.

Yang lebih penting sekarang ialah, anggapan perlantikan itu salah kerana dibuat ketika negara sedang dilanda wabak, adalah tidak benar malah boleh disifatkan sebagai berita palsu.

Segala usaha kerajaan untuk membasmi wabak Covid-19 berjalan dengan lancar termasuk persediaan untuk menghadapi gelombang ketiga virus tersebut. Tidak ada satu bukti pun yang menunjukkan bagaimana perlantikan Tuan Guru boleh menjejaskan usaha tersebut seperti yang cuba digambarkan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat