Surat putus Zahid tak goyahkan pendirian PAS kekal satukan umat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – PAS kekal dengan pendirian untuk memperkukuh Muafakat Nasional (MN) dan memperkasa Perikatan Nasional (PN),

PAS berkata demikian selepas UMNO menerusi Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengambil pendirian untuk tidak akan bekerjasama dengan Bersatu dalam PRU-15 dan hanya bersama dengan kerajaan PN hingga Parlimen dibubarkan.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Seri Khairuddin Aman Razali berkata, PAS percaya bahawa satu-satunya kunci kemenangan bagi umat Islam dan Melayu, khususnya di Malaysia adalah bersatu-padu, tanpa mengira sama ada Bersatu, UMNO atau mana-mana pertubuhan bukan kerajaan lain.

“Kita tetap konsisten untuk menyatupadukan semua parti Melayu-Islam, sama ada UMNO, Bersatu dan sebagainya seperti ditegaskan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang,.

“Kita kukuhkan MN dan memperkasakan PN. Namun apa-apa surat yang dihantar oleh UMNO akan dibincangkan di peringkat pimpinan PN,” katanya memetik laporan FMT.

Ketika ditanya sama ada pendirian PAS itu akan menyebabkan sebilangan pemimpin UMNO dan Bersatu berasa tidak selesa sehingga dikhuatiri menimbulkan pertikaian, Khairuddin berkata, “itu terpulang kepada mereka, yang penting ini adalah pendirian PAS.

“Setiap parti berhak berikan pandangan masing-masing. PAS kekal dengan pendirian sama, kita akan berusaha sebaik yang boleh untuk menyatukan umat,” katanya.

Terdahulu hari ini Bersatu mengesahkan parti itu menerima surat daripada Zahid berhubung keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada 19 Februari yang memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu pada PRU-15 dan hanya bersama-sama dengan kerajaan PN sehingga Parlimen dibubarkan.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, mesyuarat Biro Politik Bersatu pada petang semalam sudah membincangkan mengenai surat berkenaan dan membuat ketetapan untuk membawanya ke dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Bersatu petang ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat