Bersatu Bincang Keputusan MT UMNO Petang Ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Majlis Tertinggi (MT) Bersatu akan mengadakan mesyuarat biro politik petang ini bagi mencari titik penyelesaian berhubung keputusan UMNO.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan mesyuarat biro politik Bersatu semalam yang dipengerusikan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin membincangkan surat Presiden UMNO bertarikh 26 Februari lalu.

Beliau memaklumkan, dalam hal ini, biro politik Bersatu mengambil maklum keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO bahawa tiada kerjasama dengan Bersatu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Ia termasuk keputusan berkenaan kebersamaan dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang boleh diteruskan sehingga pembubaran Parlimen.

Jelas Hamzah lagi, pendirian itu juga akan dibincangkan dalam mesyuarat majlis tertinggi PN akan datang bersama parti komponen, PAS, STAR, SAPP dan Gerakan.

Semalam, UMNO telah menghantar surat kepada Perdana Menteri berhubung keputusan MT parti itu untuk menamatkan kerjasama dengan Bersatu dan PN menjelang PRU15.

26 Februari lalu, MT UMNO dilaporkan bermesyuarat di Institut Latihan Memperkasakan Ummah (ILMU) di Janda Baik namun, selepas tiga jam bermesyuarat tiada sebarang kenyataan dibuat oleh mana-mana ahli MT.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat