Hannah Yeoh patut lebih sensitif, pelantikan Datuk Bandar KL perlu perkenan Agong

KUALA LUMPUR – Barangkali ramai tidak sedar bahawa pelantikan Datuk Bandar Kuala Lumpur perlu perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong.

Itu ada dalam undang-undang khususnya khususnya Akta Ibu Kota Persekutuan 1960, tegas Speaker DUN Johor Datuk Puad Zarkashi.

“Sekarang Hannah Yeoh kata kajian itu bukan kajian DAP. Ia kajian UIAM. Dia minta jangan takut. Tetapi dia juga dilaporkan berkata akan bentang laporan itu kepada orang ramai untuk disemak atau komen.

“Itu bermakna kementerian terlibat. Itu juga bermakna dia tidak sensitif kepada kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong yang ada dalam perlembagaan.

“Rakyat tidak marah jika kajian UIAM itu untuk meningkatkan akauntabiliti, profesionalisme dan mengurangkan birokrasi.

“Apatah lagi supaya Datuk Bandar bebas daripada tekanan politik.

“Tetapi bukan pilihan raya melantik Datuk Bandar Kuala Lumpur. Hannah Yeoh patut lebih peka perkara ini,” kata ahli MKT Umno itu lagi.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat