MCMC Lancar Kohort Ketiga Accelerated Leadership Programme Perkukuh Kepimpinan Masa Hadapan

KUALA LUMPUR,— Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) melancarkan kohort ketiga Siri Accelerated Leadership Programme (ALPs) sebagai sebahagian daripada usaha berterusan suruhanjaya itu dalam memperkukuh keupayaan kepimpinan dan memastikan kesinambungan barisan pemimpin masa hadapan.

Program yang pernah memenangi anugerah itu melibatkan seramai 40 pegawai Berpotensi Tinggi (High Potential – HiPo) yang dipilih melalui kerangka pembangunan kepimpinan dan bakat MCMC yang tersusun. ALPs merupakan komponen utama kepada Leadership Continuum MCMC dan direka bagi mempersiapkan pemimpin baharu untuk menggalas peranan serta tanggungjawab yang lebih luas dalam persekitaran teknologi yang semakin kompleks dan dipacu kecerdasan buatan (AI).

Menurut MCMC, program tersebut memberi tumpuan kepada tiga objektif utama iaitu membangunkan bakat berorientasikan masa hadapan, membina keupayaan kritikal untuk menerajui transformasi organisasi dalam era digital dan AI, serta memupuk budaya berprestasi tinggi sejajar dengan pembangunan kerjaya yang berstruktur.

Sebagai sebahagian daripada pendekatan pembelajaran holistik, ALPs dilaksanakan menerusi kerjasama akademik bertaraf MBA bersama Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya. Program itu turut diperkukuh dengan pensijilan profesional kecerdasan buatan daripada United States Artificial Intelligence Institute (USAII®️) bagi meningkatkan kompetensi digital dan AI peserta secara praktikal.

Perjalanan pembelajaran yang disusun merangkumi pengajian kursus MBA dan projek akhir, kelas master kepimpinan, sesi bimbingan eksekutif (executive coaching), serta pembelajaran berasaskan pengalaman. Peserta juga dikehendaki mencetus dan melaksanakan inisiatif inovasi selain mewakili MCMC dalam pertandingan antarabangsa bagi pendedahan kepada amalan terbaik dan trend global.

Secara keseluruhan, Siri Accelerated Leadership Programme mencerminkan komitmen jangka panjang MCMC dalam pembangunan kepimpinan secara sistematik, kemajuan bakat dan kesiapsiagaan organisasi agar suruhanjaya itu kekal tangkas serta berkesan dalam mendepani cabaran kawal selia, industri dan teknologi pada masa hadapan. 

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat