KUALA LUMPUR – Yayasan Bank Rakyat (YBR) melantik Syaiful Rizal Abdul Ghani sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) YBR yang baharu.
Jabatan Komunikasi Korporat YBR dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, pelantikan Syaiful Rizal yang sebelum ini menjawat jawatan Pengurus
Besar YBR dicadangkan oleh Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Datuk Ewon Benedict dan dipersetujui oleh Lembaga Pemegang Amanah Yayasan
Bank Rakyat.
“Perubahan pucuk pimpinannya itu adalah sebahagian daripada strategi penyusunan semula dalaman organisasi itu.
“Pelantikan Syaiful Rizal sebagai Ketua Pegawai Eksekutif adalah untuk mempertingkatkan lagi prestasi, kecekapan dan integriti Yayasan Bank Rakyat,” katanya.
Sepanjang perkhidmatan, Yayasan Bank Rakyat menerima pelbagai anugerah antaranya Anugerah ‘Top Community Centric Companies in Asia’ di ACES AWARD
(2024) di Bangkok, Thailand; Anugerah ‘Foundation Of The Year’ Bagi Kategori Perbankan (2022, 2023 & 2024); Anugerah Kategori Khas Champion CSR Award di
Bumiputera Business Excellence Award (2023).
Selain itu, Yayasan Bank Rakyat juga telah disenaraikan sebagai salah satu daripada tujuh yayasan yang memperoleh markah
penuh bagi setiap penilaian ketelusan yang telah dijalankan lebih dari 1,600 yayasan di seluruh negara oleh WIKI Impact (2023).
Justeru, Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Bank Rakyat meletakkan kepercayaan kepada Syaiful Rizal dalam menerajui organisasi ini di mana beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam menguruskan aktiviti pendidikan dan tangunggjawab sosial korporat.