Pengerusi Veteran Umno Kelantan meninggal dunia akibat kanser paru-paru

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pengerusi Veteran Umno Kelantan Datuk Kamaruddin Abdullah meninggal dunia di kediamannya di Jalan Bayam, di Kota Bharu, awal pagi tadi.

Allahyarham berusia 73 tahun meninggal dunia jam 6 pagi di sisi keluarga akibat penyakit kanser paru-paru yang dihadapinya sejak lapan tahun lalu.

Anak Allahyarham, Datuk Shahrul Nasrun, berkata solat jenazah akan diadakan di Masjid Negeri Kubang Kerian selepas solat Asar.

“Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Tok Kenali Kubang Kerian.

“Mohon semua doakan untuk Allahyarham dan semoga arwah bapa ditempatkan di kalangan orang beriman,” katanya lapor BH di Kelantan.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan enam orang anak.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat