Pusingan kerja petugas kaunter perkhidmatan awam mula hari ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Inisiatif pusingan kerja petugas kaunter membabitkan semua kementerian termasuk jabatan di bawah kementerian masing-masing dilaksanakan mulai hari ini.

Sistem ini bagi memperkukuh kualiti perkhidmatan awam dan meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan di kaunter.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, inisiatif itu bertujuan meningkatkan kemahiran petugas kaunter, memastikan kepelbagaian kemahiran kerja serta memperkasa pengalaman pelanggan dengan penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap dan mesra.

“Melalui pusingan kerja ini, petugas kaunter akan diberikan pendedahan kepada pelbagai aspek tugas di kaunter, membolehkan mereka menangani pelbagai pertanyaan dan urusan pelanggan dengan lebih berkesan.

“Langkah ini sejajar dengan matlamat reformasi perkhidmatan awam untuk mewujudkan sistem kerja yang lebih dinamik dan responsif terhadap keperluan rakyat,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Menurut Wan Ahmad Dahlan, pelaksanaan pusingan kerja itu membabitkan semua kementerian utama termasuk Kementerian Kewangan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan, Kementerian Sumber Manusia, serta beberapa kementerian lain yang terbabit secara langsung dalam penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

Jelasnya, melalui inisiatif terbabit, petugas kaunter akan diberikan latihan berkala dan pemantauan berterusan bagi memastikan kualiti penyampaian perkhidmatan sentiasa berada pada tahap terbaik.

“Kerajaan yakin bahawa dengan pelaksanaan pusingan kerja petugas kaunter, perkhidmatan awam negara akan terus diperkukuh dan mampu memberikan pengalaman yang lebih baik kepada rakyat,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mengarahkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) diarah meneliti dan melaksanakan pusingan kerja ke atas semua penjawat awam yang berkhidmat lebih lima tahun di kaunter perkhidmatan kerajaan.

Beliau menegaskan, tempoh lima tahun untuk bertugas di kaunter perkhidmatan disifatkan terlalu lama.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat