BERSATU Timbang Pecat Zuraida

- Advertisement -

CYBERJAYA – Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada 25 Januari lalu mempertimbangkan cadangan agar Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin dipecat.

Menurut sumber dalaman BERSATU, cadangan itu dibangkitkan setelah terdapat dakwaan penglibatan Zuraida dengan penubuhan Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Cadangan yang dibuat oleh salah seorang anggota MPT itu dikatakan mendapat sokongan majoriti namun tiada sebarang keputusan dibuat setakat ini.

“Perkara itu akan diputuskan dalam masa terdekat setelah majoriti ahli MPT bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan oleh salah seorang anggota MPT.

“Penglibatan Zuraida dengan penubuhan PBM ini dikatakan secara langsung atau tidak langsung. Zuraida mungkin menafikan namun kalau kita lihat pengikut beliau boleh dikatakan semua menyertai BERSATU termasuk Setiausaha Politiknya,” kata sumber tersebut kepada SuaraTV.

Zuraida sebelum ini menafikan terlibat dengan penubuhan PBM, sebuah parti yang diambil alih dan ditukar nama daripada Parti Pekerja Sarawak.

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) meluluskan permohonan tukar nama dan pindaan perlembagaan parti pada 27 Oktober 2021.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi pada ketika itu disebut-sebut akan mengetuai PBM sebagai presiden.

Dalam mesyuarat agung luar biasa pada 14 November 2021, PBM meluluskan pelantikan barisan kepimpinan baharu melibatkan dua ahli parlimen bebas bekas PKR iaitu Larry Sng (Julau) dan Steven Choong (Tebrau).

Sng dilantik timbalan presiden sementara Choong naib presiden. Pada masa itu, jawatan presiden kosong tidak diisi, sekali gus meningkatkan spekulasi ia sengaja ditinggalkan untuk Zuraida.

Dalam satu mesyuarat agung khas PBM pada 8 Januari, Sng dipilih sebagai presiden parti sementara Choong dilantik naib presiden.

Adun Lembah Jaya Haniza Mohd Talha, yang diketahui antara penyokong kuat Zuraida sejak dalam PKR, dilantik timbalan presiden.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat