Covid-19: Sambutan Tahun Baru Cina Dihadkan Bersama Keluarga Sahaja

KUALA LUMPUR – Perayaan Tahun Baharu Cina termasuk upacara sembahyang hanya dibenarkan disambut di rumah bersama ahli keluarga, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata upacara sembahyang di tokong tidak dibenarkan kecuali kepada lima ahli jawatankuasa tempat ibadat berkenaan dengan orang ramai digalak melakukan upacara itu di kediaman masing-masing.

“Prosedur operasi standard (SOP) ini pernah kita lakukan sewaktu Hari Raya Aidilfitri, begitu juga Deepavali. Bagaimanapun, untuk Sarawak kita serahkan kepada kerajaan negeri untuk umumkan kerana di sana ada PKP, ada PKPB ,” katanya dalam sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hari ini.

Beliau berkata acara makan besar sempena perayaan itu juga terhad kepada ahli keluarga dari kediaman yang sama sahaja, selain aktiviti ziarah dari rumah ke rumah, rentas daerah dan negeri adalah tidak dibenarkan.

Selain itu, persembahan dan kebudayaan yang lazim seperti tarian singa, tarian naga, perarakan tanglung, persembahan opera Cina dan pertunjukan pentas juga tidak dibenarkan.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata kerajaan bersetuju menamatkan PKP Diperketatkan (PKPD) di Blok Tahanan dan Kuarters Depot Tahanan Imigresen Pekan Nenas, Pontian, Johor hari ini.

Beliau berkata sehingga kini, Kementerian Kesihatan (KKM) telah melaksanakan 408 ujian saringan dan daripada jumlah itu 125 kes positif COVID-19 telah direkodkan.

Bagaimanapun, semua kes positif yang dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) akan didiscaj hari ini dan tiada lagi sampel saringan menunggu keputusan.

Mengenai kesalahan ingkar SOP, Ismail Sabri berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan 731 individu semalam dan daripada jumlah itu, 709 individu dikompaun, 19 direman dan tiga dijamin.

Bagi Ops Benteng pula, beliau berkata 20 pendatang tanpa izin dan satu tekong ditahan serta 14 kenderaan darat dirampas semalam. – Bernama

Topik Hangat

Muhyiddin Bakal Gugurkan Semua Menteri UMNO?

CYBERJAYA - Biro Politik Majlis Tertinggi (MT) Bersatu dijangka akan membuat keputusan meminta Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggugurkan semua menteri kabinet dari...

Tiga Lagi ADUN Amanah Keluar Parti – Laporan

CYBERJAYA - Sekurang-kurangnya tiga lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Amanah Nasional (Amanah), kali ini di Johor dilaporkan bertindak keluar parti untuk...

Najib Masih Pilihan Rakyat Menjadi PM

CYBERJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan masih mempunyai pe­ngaruh tersendiri dalam kalangan rakyat negara ini dan menjadi pilihan diangkat semula sebagai Perdana Menteri...

Berita Berkaitan

Lesen Peniaga, Penjaja Dan Bayaran Separuh Sewaan Premis Dilanjutkan Sehingga 31 Julai

KUALA LUMPUR: Kementerian Wilayah Persekutuan bersetuju untuk melanjutkan tempoh pembaharuan lesen berniaga secara percuma dan diskaun sewaan premis, termasuk Projek Perumahan Rakyat (PPR) milik agensi,...

Bersatu Pandang Serius Keputusan UMNO Tiada Kerjasama Pada PRU15 – Hamzah

CYBERJAYA - Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, parti itu memandang serius keputusan UMNO yang menegaskan tiada kerjasama dengan Bersatu dalam Pilihan...

Perlu Jalani Ujian Calitan Covid-19 Sebelum Masuk Sabah, Sarawak

KUALA LUMPUR - Semua individu yang akan memasuki Sabah, Sarawak dan Labuan perlu menjalani ujian calitan COVID-19 tiga hari sebelum perjalanan setelah mendapat kebenaran...