4,571 Kes Jangkitan Baru, 17 Kematian Akibat Covid-19

PUTRAJAYA – Sebanyak 4,571 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini dan hampir separuh daripadanya direkodkan di Selangor sebanyak 2,056 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini sebanyak 231,483 kes.

Katanya, sehingga kini terdapat 48,771 kes kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 dan daripada jumlah itu sebanyak 308 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 135 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Sehingga jam 12 tengah hari ini sebanyak 4,092 kes pulih dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya ialah 181,886 kes bersamaan 78.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata 17 kes kematian dilaporkan hari ini membabitkan 15 warganegara dan dua warga asing. Ia menjadikan jumlah kumulatif kematian di negara ini sebanyak 826 kes atau 0.36 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. – bh

Topik Hangat

Tiga Lagi ADUN Amanah Keluar Parti – Laporan

CYBERJAYA - Sekurang-kurangnya tiga lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Amanah Nasional (Amanah), kali ini di Johor dilaporkan bertindak keluar parti untuk...

Muhyiddin Mana Lebih Sakit Kena Cucuk Atau Titah Agong?

KUALA LUMPUR - Perkara yang paling ditakuti oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan parti yang dipimpinnya ialah sidang Parlimen dan Pilihan Raya Umum...

Ismail Sabri bakal dilantik TPM, Zahid dipinggir punca UMNO berantakan?

KUALA LUMPUR – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob disebut-sebut bakal dinaikkan pangkat menjadi Timbalan Perdana Menteri. Desas-desus ini khabarnya antara punca UMNO...

Berita Berkaitan

1,745 Jangkitan Baru Covid-19, Tujuh Kematian Direkodkan Hari Ini

KUALA LUMPUR - Dalam tempoh 24 jam lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 1,745 jangkitan baharu COVID-19 dengan dua daripadanya merupakan kes import. Jumlah positif...

Muhyiddin satu-satunya PM paling banyak diganggu tapi tak layan

KUALA LUMPUR - Tan Sri Muhyiddin Yassin diklasifikasikan sebagai satu-satunya Perdana Menteri paling banyak diganggu. Tetapi beliau mengambil sikap tidak melayan semua gangguan itu kata...

Mesyuarat PRU, majlis terima SD MP lompat boleh cuma Parlimen bahaya – Najib

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak “membahan” alasan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang berkeras tidak mahu mengadakan sidang Parlimen meskipun telah mendapat...