Sekolah Terjejas Banjir Di Buka Apabila Sedia Beroperasi – KPM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Operasi semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) yang terbabit dengan bencana banjir hanya akan bermula selepas ia bersedia untuk beroperasi.

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan malam tadi, memaklumkan apabila institusi pendidikan itu selesai dibersihkan dan bersedia untuk kembali beroperasi, ia akan dibuka semula pada Ahad atau Isnin minggu persekolahan berikutnya.

Katanya, kementerian akan terus memantau dan mengemas kini senarai institusi pendidikan yang dilanda banjir atau dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) pada setiap Rabu.

“Perubahan senarai yang dikeluarkan oleh KPM adalah tertakluk kepada situasi semasa bencana banjir.

“Justeru, mungkin terdapat pertambahan atau pengurangan bilangan institusi pada setiap minggu.

“Senarai ini boleh diakses melalui laman sesawang KPM https://www.moe.gov.my/.

“Bagi institusi pendidikan yang selesai dibersihkan dan bersedia untuk kembali beroperasi, pengoperasiannya akan bermula pada Ahad atau Isnin minggu persekolahan berikutnya,” katanya.

Institusi pendidikan KPM merujuk kepada sekolah, kolej vokasional, kolej matrikulasi dan institut pendidikan guru. Ia juga terpakai kepada sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM.

Pada 24 Disember tahun lalu, KPM mengumumkan tarikh permulaan sesi persekolahan bagi Penggal 3, 2021/2022 adalah pada

9 Januari 2022 bagi negeri Kumpulan A dan 10 Januari 2022 bagi negeri Kumpulan B.

Dalam perkembangan berkaitan, KPM turut memaklumkan setakat hari ini terdapat 18 institusi pendidikan membabitkan 16 sekolah rendah dan dua sekolah menengah masih dinaiki air.

Katanya, sebanyak 87 institusi pendidikan masih dijadikan PPS, manakala lapan lagi yang terkesan akibat banjir belum bersedia untuk beroperasi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat