Pusat Kuarantin Jemaah Umrah Ditaja Kerajaan Sepenuhnya

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan berusaha mengurangkan kos tambahan kuarantin jemaah umrah dengan menyediakan pusat kuarantin termasuk makan, minum serta pengangkutan dari lapangan terbang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Tugas-tugas Khas, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad dalam kenyataan pada Selasa berkata, kerajaan memahami ramai jemaah yang risau akan kos tambahan dan mungkin tidak selesa apabila dikuarantin nanti.

“Jemaah umrah mempunyai pilihan sama ada berurusan terus dengan stesen kuarantin swasta (rujuk hotel yang disenaraikan NADMA) atau stesen kuarantin yang diuruskan kerajaan.

“Bagi penempatan kuarantin yang diurus Kerajaan, Person Under Surveillance (PUS) iaitu Jemaah yang negatif ujian saringan COVID-19 oleh Kementerian Kesihatan akan ditempatkan di hotel atau Pusat Latihan Awam bergantung kepada ketersediaan bilik pada hari ketibaan,” katanya.

Ujarnya bagi pilihan ini, kos urusan kuarantin ditanggung oleh pihak Kerajaan termasuk makan, minum serta pengangkutan dari lapangan terbang.

Katanya, tempoh kuarantin adalah seperti yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Senarai pusat kuarantin untuk jemaah:
QS Institut Latihan Awam (QS ILA):
AKEPT Nilai
IAB Nilai
ILIM Bangi
ISEF Bangi
ILKAP Bangi
Pulapol KL
• QS Hotel

NEGERI SEMBILAN
1. Klana Resort, Seremban

KUALA LUMPUR
1. Hotel Royal
2. Hotel Swiss Garden, Bukit Bintang
3. Hotel IBIS, KLCC
4. Hotel Furama, Bukit Bintang
5. Hotel Mercure Kuala Lumpur Shaw Parade
6. IBIS Style KL Fraser Business Park
7. Hotel AnCasa
8. Hotel Cosmo
9. Hotel KIP
10. Hotel Arena Star

SELANGOR
1. Hotel Sama-sama
2. Hotel Gorsett Grand, Subang
3. Hotel Crystall Crown, PJ
4. Hotel Sunway Clio
5. Hotel Hilton Garden Inn, Puchong
6. Hotel Oriental Crystal
7. Hotel Summit, USJ
8. Hotel Pegasus, Shah Alam

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat