Agihan Bantuan Wang Ihsan Mangsa Banjir Dijangka Selesai Minggu Ini – PM

- Advertisement -

CYBERJAYA – Proses pengagihan Bantuan Wang Ihsan (BWI) RM1,000 kepada ketua isi rumah (KIR) mangsa banjir di negeri-negeri yang terjejas dengan bencana itu dijangka selesai sepenuhnya hujung minggu ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, setakat ini beliau berpuas hati pelaksanaan agihan wang bantuan itu yang sudah mencapai tahap 70 peratus selesai, lapor Awani.

Namun beliau menegaskan, pengagihan bantuan itu tetap perlu dilakukan segera kerana semua mangsa yang terjejas dengan bencana tersebut amat memerlukan sokongan kewangan untuk menghadapi pasca banjir.

“Saya berpuas hati dengan pengagihan BWI yang mana setakat ini sudah lebih 70 peratus mangsa terjejas menerima bantuan itu.

“Pelbagai insentif telah kerajaan umumkan kepada semua mangsa, tetapi tidak cukup dengan pengumuman sahaja… yang penting adalah pelaksanaannya dan dijangka sehingga akhir minggu ini akan selesai 100 peratus,” katanya, selepas meninjau dan mengagihkan sumbangan kepada mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Gangsa, di Alor Gajah, Melaka hari ini.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri menjelaskan selain bantuan kewangan, kerajaan juga memberi fokus untuk memperbaiki kerosakan infrastruktur, bangunan dan kediaman.

“Fokus kita kini adalah banjir (terutamanya) untuk menyelesaikan isu pascabanjir kerana banyak lagi belum selesai.

“Dari segi kerosakan infrastruktur, kerosakan rumah, barangan-barangan mereka juga banyak yang kita (kerajaan) perlu bantu,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat