PDRM FC muncul juara Piala Cabaran MFL

- Advertisement -

KUCHING – PDRM FC muncul juara pertama Piala Cabaran MFL setelah terikat seri 1-1 dengan Kuching City FC dalam perlawanan akhir pusingan kedua di Stadium Negeri Sarawak, sebentar tadi.

Terikat 1-1, PDRM FC muncul juara dengan aggregat 4-1 setelah menang 3-0 dalam pusingan pertama Rabu lalu.

Perlawanan akhir kedua agak mencemaskan kepada PDRM FC apabila pasukan tuan rumah, Kuching FC berjaya menjaringkan gol pada minit 33 melalui Petrus Wakami.

PDRM FC tampak tertekan dengan serangan bertali arus Kuching FC sepanjang 45 minit separuh masa pertama.

Bagaimanapun sebaik memulakan separuh kedua, PDRM FC kembali menyusun permainan dan menguasai bahagian tengah.

Hasilnya pada minit ke- 55 PDRM FC berjaya menjaringkan gol penyamaan menerusi penyerang utama mereka pemain Uche Agba yang membuat percubaan leret di luar kawasan penalti.

Ketinggalan dengan aggregat 1-4 tidak mematahkan semangat Kuching FC. Di hadapan hampir 2000 penyokong, pasukan tuan rumah terus melancarkan serangan bertali arus namun gagal menembusi pertahanan dan penjaga gol PDRM FC.

Kecewa dengan kegagalan tersebut permainan kedua-dua pasukan menjadi agak kasar dan hampir mencetuskan pergaduhan pada minit-minit akhir perlawanan. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat