Konsert “Mayapada Ungu Live In Kuala Lumpur” pada 25 Febuari 2024 di Megastar Arena KL

- Advertisement -

UNGU adalah kumpulan muzik yang bukan sahaja terdapatnya peminat di Indonesia tetapi juga mempunyai ramai peminatnya di Malaysia. Kumpulan UNGU pernah memberi impak yang besar di pesada seni tanah air dengan lagu lagu hits mereka seperti “Cinta Dalam Hati”, “Kekasih Gelapku”, “Demi Waktu”, “Tercipta Untukmu”  dan “Andai Ku Tahu”

Mana tidaknya setiap kali UNGU mengadakan konsert pasti akan mendapat sambutan yang luar biasa dan majoritinya habis terjual tiketnya. kumpulan yang telah ditubuhan pada 1996 di Jakarta, Indonesia itu kini akan mengembalikan nostalgia buat peminat mereka di Malaysia dengan Konsert yang bakal diadakan pada 25 Febuari 2024, bertempat di Megastar Arena Kuala Lumpur.

AKE Group selaku penaja manakala Icon Entertainment selaku penganjur Konsert yang diberi judul “Mayapada Ungu Live In Kuala Lumpur – 30 Hits Timeless”. Kini UNgu kembali ke Malaysia untuk memberikan persembahan yang dinanti-nantikan oleh peminat.

Barisan Kumpulan UNGU, Pasha(vokalis), Enda(gitar), Oncy(gitar), Makki(Bass), Rowman(dram) akan menyampaikan 30 buah lagu hits mereka yang ada diantaranya akan diberi nafas baru dengan susunan segar khas buat peminat di Malaysia.

Menurut Pasha, selaku penyanyi kumpulan Ungu, beliau sangat terharu dengan sambutan yang diberikan oleh para peminat di Malaysia dari awal mereka bertapak di sini hingga sekarang masih lagi hangat dan teguh.

Ditemui pada sidang media yang diadakan di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur beliau menyatakan “Ungu tidak akan kekal hingga sekarang jika tidak kerana sokongan dari peminatnya di Malaysia”.

“Sangat senang untuk kembali konsert di Malaysia yang sudah ibarat seperti rumah kedua kami.

“Hasil perbincangan dengan penganjur Ungu akhirnya mencapai kata sepakat Ungu Live In Kuala Lumpur akan menyaksikan kami dengan 30 karya paling unggul yang pernah diciptakan Ungu akan dipersembahkan kepada peminat, Insya Allah.

“Seperti apa konsertnya nanti, Ungu berharap jangan sampai ada peminat yang melewatkannya (terlepas). Semoga kelak ia akan menjadi sebuah lagi konsert Ungu yang meninggalkan memori terbaik buat semua,” ujar Pasha.

Para penonton disarankan memakai salah satu aksesori, busana atau kasut berwarna UNGU bertepatan dengan konsep konsert ini kelak. Ini akan menambahkan keserian suasana malam itu kelak dengan limpahan warna Ungu yang bakal bertebaran di lokasi konsert.

Para pembeli tiket melalui MAYBANK bakal menerima diskaun sebanyak 10 peratus untuk pengguna kad debit manakala 12 peratus untuk pengguna kad kredit.  Malayan Banking Berhad merupakan bank rasmi untuk konsert ini.

Manakala penerbangan rasmi pula ialah Malaysia Airlines  rakan rasmi digital merupakan Astro Gempak serta rakan radio rasmi pula adalah Sinar FM, ERA fm, Zayan dan Gegar.

Dan setelah mendapatkan tiket kalian, mari kita raikan Mayapada Ungu Live In Kuala Lumpur — 30 Hits Timeless  di Megastar Arena, KL pada 25 Februari 2024. Sampai jumpa semua!

JANGAN LUPA TIKET MULAI DI JUAL PADA (JUMAAT 1hb Disember , pukul 11.00 pagi) di www.ticket2u.com.my

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat