Penyokong JDT Mohon Maaf Isu Berbogel Dari KL Ke Johor

- Advertisement -

CYBERJAYA – Selepas beberapa hari dikecam netizen, seorang lelaki dipercayai penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) yang tular berkaitan isu berbogel sebelum ini akhirnya tampil memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia.

Memetik laporan HMetro, permohonan maaf secara terbuka itu dibuat menerusi perkongsian video di akaun TikTok miliknya, kira-kira empat jam lalu.

Bercakap menerusi rakaman video berdurasi 49 saat itu, lelaki terbabit juga berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya dan berharap permohonan maafnya diterima.

Menurut laporan itu lagi, lelaki tersebut turut bernazar untuk memberi pemasangan cermin gelap di sebuah surau tanpa menyatakan lokasinya tetapi hanya menunjukkan ruang ibadat berkenaan yang menjadi tempatnya merakam video permohonan maaf berkenaan.

“Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh. Dengan rendah diri saya ingin memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia disebabkan video saya yang tular baru-baru ini.

“Saya berjanji takkan mengulanginya lagi dan saya bernazar berikan tinted (pemasangan cermin gelap) percuma kepada surau ini.

“Saya harap rakyat Malaysia dapat memaafkan saya,” katanya.

Terdahulu, isu berkaitan lelaki itu tular selepas dia membuat kenyataan sanggup berbogel dari Kuala Lumpur hingga ke Johor sekiranya pasukan Kuala Lumpur City FC (KL City) dapat menewaskan JDT dalam perlawanan akhir Piala Malaysia pada Selasa lalu.

Video berdurasi 33 saat itu dimuat naik di Tiktok sebelum JDT tewas 0-2 kepada Kuala Lumpur City FC.

Selepas perlawanan itu, netizen mula menggesa lelaki terbabit menunaikan janjinya dengan membanjiri ruangan komen di akaun Tiktok.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,609FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat