PKPD Ladang Tembangau 7 Ditamatkan Esok – MKN

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Sebuah lagi estet pertanian ternama di Pahang bakal ditamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pada esok seperti yang telah dijadualkan sebelumnya.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md. Saad berkata, lokaliti itu ialah Ladang Tembangau 7 dalam Daerah Bera yang dikenakan PKPD sejak 21 November.

Menurutnya, penamatan PKPD di lokaliti tunggal itu hasil susulan daripada penilaian risiko dan trend jangkitan wabak Covid-19 di kawasan tersebut oleh pihak Kementerian Kesihatan sendiri.

Berdasarkan pemantauan daripada pihak Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, sejumlah kumulatif tujuh kes positif pandemik tersebut dilaporkan di kawasan itu sejak 13 November lalu.

Kawasan berpenduduk di situ hanya merangkumi sekitar 234 hektar, manakala estet kelapa sawit pula berkeluasan 2,226 hektar dengan pengeluaran hasil 17,672 tan metrik setiap tahun.

Bagaimanapun penularan berkenaan tiada kaitan dengan mana-mana kluster walaupun kawasan berjirannya, iaitu Felda Tembangau 1, 3 dan 6 turut melaporkan jangkitan wabak tersebut.

Penamatan sekatan tersebut diumumkan tidak sampai dua hari selepas dua lagi estet kelapa sawit berbeza di negeri itu turut berakhir PKPD masing-masing secara serentak pada hari ini.

Ia melibatkan Ladang Bukit Puteri di Daerah Lipis yang diuruskan Sime Darby Plantation Sdn. Bhd. dan Ladang Mengkarak 1 di Daerah Bera yang dimiliki FGV Plantations (M) Sdn. Bhd.

Rodzi namun memaklumkan, tiada kawasan baharu yang bakal dikenakan PKPD selain juga belum ada lokaliti sedia ada akan disambung lagi sekatan secara bersasar itu pada esok. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat