143 Kes Covid Dikesan, Sekolah Seri Puteri Ditutup Sementara – KP Kesihatan

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Sekolah Seri Puteri di Cyberjaya diarah tutup buat sementara waktu berikutan terdapat 135 kes baharu COVID-19 dikesan di membabitkan warga sekolah berkenaan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata penutupan sekolah berkenaan dilakukan dibawah Seksyen 18 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

“Sekolah ini ditutup bagi tujuan pembersihan dan disinfeksi. Satu sesi taklimat dan penerangan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah berkenaan turut diadakan dan pemantauan berterusan akan dijalankan bagi memastikan kluster ini terkawal.

“Kluster ini dikenali sebagai Kluster Persiaran Tasik dan hingga semalam seramai 973 warga sekolah sudah disaring, daripada jumlah itu terdapat 135 kes baharu dikesan.

“Ini menjadikan keseluruhan kes COVID-19 dalam kluster ini seramai 143 individu iaitu 114 murid, 19 guru dan 10 kakitangan; dengan kadar serangan 14.7 peratus.

“Daripada 143 kes yang positif COVID-19, seramai 106 kes dalam kategori Satu dengan 35 kes yang lain adalah dalam kategori 2A dan dua kes dalam kategori 2B (masing-masing seorang guru dan seorang murid). Semua mereka kini stabil,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan seramai 73 individu dilaporkan positif COVID-19 membabitkan dua guru dan 71 murid.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata pihaknya turut mengesan seramai 700 kontak rapat iaitu 603 murid, 59 guru, dan 38 kakitangan.

“Kontak rapat dalam kalangan murid dimasukkan ke stesen kuarantin iaitu di Institut Aminuddin Baki dan Institut Latihan Islam Malaysia manakala kontak rapat dalam kalangan guru dan kakitangan dikuarantin di rumah masing-masing,” katanya. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,612FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat