Oleh Zihan Zari
PUTRAJAYA – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menzahirkan komitmen berterusan untuk meneliti serta mengambil tindakan sewajarnya terhadap setiap isu dan aduan yang diterima.
Setiap maklum balas daripada rakyat amat dihargai kerana ia membantu JKM dalam menambah baik mutu perkhidmatan serta memperkukuhkan kepercayaan masyarakat terhadap peranan JKM.
Dalam kenyataannya, JKM berkata
sebagai agensi yang dekat dengan rakyat, JKM sentiasa memahami setiap aduan, pandangan dan rungutan yang disuarakan berkaitan pelaksanaan tanggungjawab dan peranannya dalam memberikan perkhidmatan kebajikan kepada masyarakat.
Orang ramai dinasihatkan agar menyalurkan sebarang maklum balas, maklumat berkaitan kes kebajikan, aduan atau pertanyaan berserta dengan bukti yang kukuh melalui saluran rasmi seperti, Aduan Sistem Pengurusan Aduan Awam (SiSPAA); Talian Kasih 15999; dan Aplikasi WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.
Selain itu, melalui emel: [email protected]; atau hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat di Negeri dan Daerah yang berdekatan.
“JKM juga memohon agar masyarakat memahami komitmen dan tanggungjawab besar yang digalas oleh warga kerjanya dalam memastikan setiap lapisan masyarakat yang memerlukan sentiasa dibantu dengan penuh empati dan keprihatinan.
“Selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI, JKM akan sentiasa menambah baik peranan serta perkhidmatan di kaunter dan di
lapangan bagi memastikan kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan, ”kata kenyataan itu lagi.-SUARA.TV



