Gula, beras dan minyak masak sedang diteliti untuk penyasaran subsidi

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meneliti pelaksanaan penyasaran subsidi bagi barangan keperluan utama seperti gula, beras dan minyak masak secara berperingkat dan berfasa bagi mengelakkan ketirisan.

Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying berkata, langkah itu akan dilaksanakan selepas kajian menyeluruh dibuat bagi memastikan bantuan tersebut benar-benar sampai kepada golongan sasar dan tidak membebankan rakyat.

“Buat masa ini, tumpuan kerajaan masih terarah kepada pelaksanaan penyasaran subsidi diesel bagi memastikan kelancaran sistem Bantuan Subsidi Diesel Individu (BUDI),” katanya ketika menjawab soalan Syarleena Abdul Rashid (PH-Bukit Bendera) di Dewan Rakyat pada Isnin.

Hui Ying berkata, pelaksanaan penyasaran subsidi barangan lain akan dibuat secara berhati-hati bagi memastikan keberkesanan dasar serta mengelakkan penyelewengan dalam pengagihan barangan bersubsidi.

Katanya, kerajaan turut memperkukuh tindakan penguatkuasaan melalui Op Tiris dan Op Gempur bagi memastikan barangan bersubsidi tidak disalah guna serta benar-benar sampai kepada penerima yang layak, lapor Utusan.

Beliau berkata, pendekatan itu adalah sebahagian daripada usaha kerajaan menstruktur semula perbelanjaan dan memastikan setiap subsidi memberi manfaat maksimum kepada rakyat yang memerlukan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat