Calon PM: Pas bersederhana soal jawatan dan pangkat, berebut undang perpecahan – Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa Pas Pusat Tan Sri Annuar Musa menegaskan keutamaan Pas adalah untuk menyatupadukan kekuatan politik orang Melayu dan umat Islam agar parti Islam itu boleh memimpin masyarakat berbilang bangsa berteraskan Islam sebagai kelompok terbesar dan mampu memimpin.

Pun begitu beliau menyatakan, Pas mengambil perhatian terhadap pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad sekali gus menghormati pandangan bekas Perdana Menteri itu.

Sebelum itu media melaporkan, Dr Mahathir mendakwa Pas memilih untuk tidak menamakan calon perdana menteri mewakili parti itu kerana sedar statusnya yang belum mempunyai sokongan mencukupi untuk membentuk kerajaan secara bersendirian.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, Pas sedar mereka tidak mampu untuk memenangi kerusi yang cukup untuk menguasai Putrajaya tanpa sokongan lebih meluas, terutama di luar kawasan tradisi mereka di Pantai Timur.

Justeru sebagai reaksi balas, Annuar memberitahu tiada guna kita berpolemik isu calon Perdana Menteri jika Pas tiada kekuatan.

“Apa lagi jika isu itu menambah kegawatan dan perpecahan.

“Perlembagaan negara telah menetapkan siapa bakal PM…iaitu “seorang ahli dewan yang pada hemat Yang di-Pertuan Agong mempunyai sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat.

“Bila tiba masanya, jika ada seseorang dari Pas yang menepati syarat tersebut,serta dengan izin Allah SWT maka dialah bakal menjadi Perdana Menteri.

“Sekarang belum masanya untuk mendahulukan perkara tersebut. Keutamaan sekarang ialah membina kekuatan dengan mengutamakan panyatuan dan muafakat..Insya-Allah,” kata bekas Setiausaha Agung Umno itu.

Menurut Annuar lagi, Pas sentiasa terbuka dan bersederhana dalam soal jawatan dan pangkat.

“Jawatan itu satu amanah yang berat.Tak usahlah berebut rebut sehingga kita sanggup bercerai berai,” ujar beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat