Menteri KDN tegur peserta demo di Kedutaan AS cederakan polis

KUALA LUMPUR – Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak bertanggungjawab pihak tertentu yang cuba menghalang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan tugas semasa perhimpunan di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) pada 2 Oktober 2025.

Menurut beliau, anggota PDRM berada di lapangan untuk memastikan keselamatan dan ketenteraman awam, namun ada pihak yang bertindak melampaui batas sehingga mencederakan anggota polis.

Tegas Saifuddin, hak untuk berhimpun secara aman mesti dilaksanakan dengan tertib, berhemah dan mematuhi undang-undang, tanpa menjejaskan keselamatan awam atau menghalang penjawat awam menjalankan tugas rasmi.

“Tiada pihak boleh menggunakan alasan berhimpun untuk mencetuskan kekecohan atau menimbulkan ancaman kepada keselamatan negara.

“Saya yakin PDRM akan terus menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka berlandaskan undang-undang demi memastikan keselamatan rakyat serta ketenteraman dalam negeri sentiasa terpelihara.

“Pada masa yang sama, saya menyeru orang ramai agar menghormati undang-undang, mematuhi peraturan dan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa,” tegur beliau.

Dalam prerkembangan sama, perhimpunan aman yang dianjurkan oleh sebahagian rakyat Malaysia adalah hak rakyat yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan dan ia membawa suara solidariti kita terhadap isu kemanusiaan di Palestin.

Sementara itu Saifuddin memaklumkan, KDN bersama dengan suara rakyat Malaysia menggesa agar semua aktivis dan sukarelawan, khususnya rakyat Malaysia yang terlibat, dibebaskan segera tanpa sebarang syarat.

“Mereka adalah orang awam yang tidak bersenjata dan membawa misi kemanusiaan semata-mata untuk menyalurkan bantuan amat diperlukan oleh rakyat Gaza.

“Keselamatan rakyat Malaysia sentiasa menjadi keutamaan, dan Kerajaan Malaysia akan terus menggunakan segala saluran diplomatik serta undang-undang antarabangsa untuk memastikan Israel dipertanggungjawabkan atas tindakan zalim tersebut.

“Malaysia kekal berdiri teguh bersama rakyat Palestin sehingga keadilan dan kebebasan menjadi milik mereka.

“Saya solidariti bersama rakyat Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan rejim Zionis Israel yang memintas dan menahan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla ke Gaza.

Tegas pemimpin PKR itu lagi, tindakan ini adalah satu pencabulan terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa dan nilai kemanusiaan sejagat. Kapal-kapal yang membawa sukarelawan dan bantuan asas untuk rakyat Palestin seharusnya dilindungi, bukannya dihalang dengan kekerasan.

“Solidariti saya juga bersama dengan desakan dan sokongan rakyat Malaysia yang menuntut pembebasan segera aktivis dan sukarelawan yang menyertai misi ini.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat