KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa segala daya dan upaya sedang digembleng bagi memastikan semua aktivis dan sukarelawan Malaysia dibebaskan segera tanpa sebarang kompromi.
“Pagi ini saya telah berhubung dengan saudara Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center Sani Araby, bagi mendapatkan perkembangan terkini terkait usaha membawa pulang aktivis dan sukarelawan Malaysia.
“Sebagai Penaung Utama Misi Kemanusiaan Sumud Nusantara, saya turut menitipkan salam kepada keluarga delegasi Malaysia, selain meminta agar keadaan kesihatan dan kebajikan mereka sentiasa diberi perhatian sepenuhnya,” katanya.



