Khazanah tak mahu jawab khabar angin Malaysia-China bincang projek nadir bumi

KUALA LUMPUR- Khazanah Nasional Bhd kekal tidak memberi sebarang komen mengenai laporan yang menyatakan Malaysia dan China sedang mengadakan perbincangan berkenaan dengan projek loji penapisan nadir bumi.

Reuters semalam melaporkan kedua-dua negara berada dalam perbincangan awal mengenai projek untuk memproses nadir bumi, dan Khazanah dijangka bekerjasama dengan sebuah syarikat milik kerajaan China untuk membina loji penapisan di Malaysia.

“Dasar Khazanah adalah untuk tidak mengulas khabar angin dan spekulasi pasaran.

“Oleh itu kami tidak dapat menjawab soalan khusus anda pada masa ini,” menurut dana kekayaan berdaulat itu kepada Bernama pada Jumaat.

Pada masa ini, anak syarikat kepada Lynas Rare Earths Ltd yang berpusat di Australia, Lynas Malaysia Sdn Bhd mengendalikan satu-satunya kemudahan pemprosesan nadir bumi di negara ini.

Kemudahan itu juga merupakan loji pemprosesan nadir bumi tunggal terbesar di dunia dan terletak di Kawasan Perindustrian Gebeng di Kuantan, Pahang.

Loji itu mengeluarkan bahan nadir bumi terasing berkualiti tinggi untuk dieksport ke pasaran pembuatan di Asia, Eropah dan Amerika Syarikat (AS).

Pada 27 Ogos 2025, Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong, berkata kerajaan komited untuk membangunkan dan menarik pelabur berpotensi bagi mengukuhkan aktiviti pengeluaran di sepanjang rantaian bekalan unsur nadir bumi (REE) Malaysia.

“Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 dan Pelan Hala Tuju Teknologi Bahan Termaju Negara 2021-2030 akan menyokong usaha kerajaan dalam membangunkan bahan maju, termasuk sumber bijih mineral REE yang bernilai tinggi,” katanya.

Malaysia dianggarkan mempunyai 16.1 juta tan REE bukan radioaktif dengan nilai pasaran RM809.6 bilion.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat