Umno Tegas Tolak Bersatu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Umno bertegas tidak sesekali menerima penyertaan Bersatu dalam usaha memulihkan semangat Muafakat Nasional (MN).

Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi kata dua kepada PAS bahawa MN hany akan dapat dihidupkan semula berpandu kepada prinsip piagam asal yang pernah disepakati hanya membabitkan Umno dan PAS.

“Umno hakikatnya tidak pernah memadamkan agenda penyatuan ummah yang menjadi asas kestabilan politik tanah air. Sebab itulah sejak dari awal Umno sentiasa menekankan soal keikhlasan dan kejujuran dalam apa jua bentuk permuafakatan.

“Namun, Umno tidak sesekali dapat menerima mereka yang berterusan melakukan pengkhianatan dan mengambil sikap dengan menjadikan Barisan Nasional (BN) sebagai musuh utama mereka,” katanya dalam kenyataan semalam.

Justeru kata Zahid, sebarang usaha memulihkan MN atau apa jua bentuk permuafakatan dan kerjasama mestilah kembali berpandukan kepada prinsip dan semangat Piagam asal sebagaimana yang pernah dimeterai dan disepakati.

Beliau berkata demikian susulan pelbagai spekulasi timbul berkenaan dengan pertemuannya dengan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

“Saya mengesahkan Presiden PAS ada mengunjungi dan mengadakan pertemuan di kediaman saya pada 17 September lalu.

“Pertemuan empat mata tersebut berlangsung dengan penuh harmoni berteraskan semangat mahabbah dan ukhuwwah persaudaraan Islamiah.

“Banyak perkara diperbincangkan termasuklah mengenai agenda penyatuan ummah yang pernah digerakkan bersama satu ketika,” kata Zahid.

Ujar beliau, semangat kerjasama politik atau taawun siyasi antara Umno-PAS pada waktu itu berpaksikan kepada keinsafan betapa perlunya dua Parti Induk Bumiputera Melayu-Islam terlebih dahulu diperkasakan bagi memungkinkan terlaksananya penyatuan ummah dalam erti kata sebenar.

“Penyatuan yang berteraskan keindukan Bumiputera Melayu Islam ini adalah kunci keharmonian dalam kemajmukan Malaysia yang berbilang kaum.

“Sehubungan dengan ini juga, apa juga aspek yang bersangkutan dengan isu ini haruslah dirujuk kepada kenyataan yang keluar melalui saluran rasmi saya mahupun parti,” tegas beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat