Umno Pecat, Gantung Keahlian Kerana Tak Mahu Wujud Gunting Dalam Lipatan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Keputusan Umno memecat dan menggantung keahilan beberapa ahlinya dibuat secara kolektif dan musyawarah demi kepentingan parti semata-mata.

Tiada mana-mana individu berkepentingan di sebalik keputusan itu, malah inilah tindakan yang diputuskan bersama demi kemaslahatan Umno, tegas Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), kemuafakatan, kebersamaan serta perpaduan Umno bergerak sehati sejiwa perlu diperkasakan.

“Sebarang anasir yang boleh memecahbelah atau mengganggu-gugat ditangani sebaik mungkin dengan respons sewajarnya.

“Begitu juga terhadap anasir dalaman yang berusaha memburuk-burukkan institusi kepimpinan parti yang menjadi benteng kepada perjuangan Umno,” katanya pada Isnin.

Menurut Zahid, jika institusi ini dilemahkan dengan anasir dalaman yang merekayasa dakyah dan tohmahan, tentunya akan merosakkan keharmonian.

“Bukan saja Umno, badan politik lain juga melakukan tindakan yang sama bagi memastikan institusi kepimpinannya dihormati.

“Seperti saya katakan kini bukan masa untuk menoleh. Umno telah mengambil tindakan dan keputusan bersama demi kepentingan parti ini.

“Apa yang telah berlaku suatu penegasan oleh parti bahawa Umno tidak pernah tentang individu. Umno adalah mengenai rakyat dan negara,” jelasnya.

Kata Zahid, Umno sebuah perjuangan agama, bangsa dan tanah air. Kesilapan lalu tidak boleh berulang. Gunting dalam lipatan perlu dikekang.

“Gerak kerja PRU-15 menjadi fokus utama sehingga tiba tarikh penting itu. Umno akan terus mara demi rakyat Malaysia,” kata beliau.

Jumaat lalu, mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno memecat aktivis, Datuk Zaharin Mohd Yasin daripada menjadi ahli Umno berkuat kuasa serta-merta.

Manakala pada Sabtu, Ketua Umno Bahagian Alor Setar, Datuk Mohd Yusof Ismail mengesahkan beliau dan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman digantung keahlian parti selama enam tahun.

Pada Ahad pula, Umno bertindak memecat Timbalan Ketua Bahagian Tanah Merah berkuat kuasa serta-merta.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat