PRU-15: DAP nak tambah kerusi Melayu di Perak

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: DAP bercadang untuk keluar dari zon selamatnya pada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) dengan bertanding di kerusi Melayu di Perak.

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke, berkata pada 2018, parti itu telah bertanding dan memenangi kesemua tujuh kerusi parlimen di negeri itu.

Sehubungan itu, Loke berkata, DAP akan menambah lagi jumlah kerusi di peringkat Parlimen dan negeri dengan kawasan majoriti Melayu menjadi pilihan parti itu.

“Kami ingin bertanding di kerusi tambahan di Perak di peringkat parlimen dan juga negeri.

“Sudah pasti kerusi tambahan akan menjadi kerusi majoriti Melayu,” kata Loke lapor portal Malaysiakini.

Selain itu, tambahnya, rundingan dalam Pakatan Harapan (PH) berjalan dengan baik dan mereka telah diperuntukkan kerusi tambahan.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan kerusi tambahan itu.

Tujuh kerusi parlimen di Perak yang ditandingi DAP sebelum ini semuanya sama ada kerusi majoriti Cina atau campuran.

Kebanyakan kerusi yang dirundingkan dalam PH adalah kerusi yang ditandingi oleh bekas rakan kongsi mereka Bersatu pada 2018.

DAP baru-baru ini menubuhkan sebuah cawangan di Parit. Ia disebut-sebut sebagai cawangan Melayu paling ramai ahlinya.

Bagaimanapun, kerusi itu ditandingi oleh Amanah pada pilihan raya umum sebelum ini, walaupun pertukaran masih boleh dilakukan.

Mengenai cawangan Melayu dalam DAP, Loke berkata parti itu akan menubuhkan lebih banyak cawangan sedemikian di mana-mana sahaja yang dilihat memiliki potensi besar.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat