Tiada pertemuan Agong, PM hari ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kini berada di Singapura dan tiada sebarang jadual pertemuan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menghadap baginda.

Perkara itu dimaklumkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin lapor portal FMT.

“(Ia) berita palsu. Tuanku masih di Singapura,” katanya.

Sementara itu, dalam laporan sama, sumber rapat dengan Ismail pula berkata, jadual Perdana Menteri “padat dengan mesyuarat” hari ini.

Sumber itu memberitahu FMT, Ismail tidak mempunyai mesyuarat yang dijadualkan di Istana Negara untuk beberapa hari akan datang.

Semalam, bekas setiausaha Umno Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Zaharin Mohd Yasin mendakwa Perdana Menteri mungkin menghadap baginda hari ini.

Spekulasi pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) semakin bertambah hangat dengan laporan Utusan Malaysia dan Sinar Harian yang mendakwa Ismail dijangka mempengerusikan mesyuarat bersama Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan Suruhanjaya Pilihan Raya di Parlimen hari ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat