Menteri Pengajian Tinggi Mohon Maaf, Pelajar Yang Dah Sampai Boleh Kekal Di IPT

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mencadangkan pendaftaran pelajar baharu dan lama di semua Institusi Pengajiann Tinggi (IPT) ditangguhkan serta merta.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, cadangan dibuat susulan peningkatan mendadak kes Covid-19 sejak beberapa hari lalu.

Jelasnya, pengumuman terbaru ini sejajar dengan dasar kerajaan memberi autonomi kepada pengurusan IPT.

“Peningkatan kes berkenaan adalah di luar jangka. KPT telah berbincang terlebih dahulu dengan semua pihak pengurusan IPT termasuklah Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai agensi utama dalam pengurusan hal ehwal penularan pandemik.

“Saya mengambil maklum rintihan dan keluhan pelajar serta ahli keluarga mereka susulan keputusan pihak IPT menangguhkan pendaftaran fizikal.

“Saya berharap pihak IPT dapat bersikap wajar, bertimbang rasa dan munasabah dalam menguruskan segala hal yang berbangkit berhubung penangguhan ini,” katanya dalam catatan Facebook, hari ini.

Noraini berkata, kepada pelajar yang sudah tiba, boleh terus kekal di kampus dan nantikan arahan seterusnya oleh pihak universiti.

Bagaimanapun, menurutnya, bagi pelajar yang masih lagi di kediaman atau kampung halaman masing-masing, beliau mohon untuk tangguhkan dulu seketika pergerakan untuk pulang ke universiti.

“Saya ingin memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul dan berharap kita dapat bersama-sama membendung penularan wabak Covid19 ini,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,586FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat