Selepas Trump Didapati Positif Covid-19, Biden Kata Pakai Topeng Bukan Tentang Menjadi ‘Orang Yg Sukar’

- Advertisement -

MICHIGAN – Calon presiden demokrat Joe Biden, semalam berkata bahawa diagnosis Covid-19 Presiden Donald Trump menunjukkan betapa pentingnya untuk memandang serius wabak itu, dan menyatakan kepada rakyat Amerika bahawa memakai topeng adalah lebih penting daripada menjadi “orang yang sukar.”

Ucapan Biden, yang dibuat ketika beliau berkempen di wilayah yang kritikal – Michigan beberapa jam setelah diuji negatif dua kali untuk virus itu, mengandungi kritikan tersirat terhadap presiden negara itu.

Trump telah meremehkan bahaya virus berkenaan selama berbulan-bulan, sering mengelak dari menggunakan topeng dan telah mengadakan rapat umum bersama ribuan orang dengan sedikit penjarakan sosial.

Keadaan kesihatan Trump memberi perhatian lebih besar pada wabak Covid-19 – kurang dari empat minggu sebelum pilihan raya 3 November.

Presiden mengalami simptom ringan dan tidak akan berada di khalayak umum untuk satu tempoh yang tidak diketahui. Rumah Putih berkata Trump dipindahkan ke wad khas di Pusat Perubatan Tentera Nasional Walter Reed di Bethesda, Maryland, untuk beberapa hari berikutnya sebagai langkah berjaga-jaga.

Di dewan kesatuan di Grand Rapids, Biden berkata, beliau dan isterinya, Jill Biden, berdoa agar Trump dan wanita pertama, Melania Trump, cepat sembuh.

Beliau menyampaikan keseluruhan ucapan sambil memakai topeng perubatan berwarna biru, berbeza dari acara sebelumnya di mana beliau biasanya menanggalkan topengnya sebelum bercakap.

“Ini bukan soal politik,” kata Biden. “Ini adalah peringatan bagi kita semua bahawa kita harus menangani virus ini dengan serius. Ia tidak akan hilang secara automatik.”

Biden menggesa semua rakyat Amerika supaya mengikuti garis panduan saintifik, termasuk memakai topeng, kerap mencuci tangan dan menjaga jarak 6 kaki (1.83 m).

Pegawai kesihatan, termasuk ketua Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit, Robert Redfield, berkata topeng adalah alat penting untuk memperlahankan penyebaran virus.

“Jadilah seorang yang patriotik,” kata Biden. “Ini bukan tentang menjadi orang yang sukar. Ini tentang melaksanakan tugas kita semua.” – Reuters

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat