Nyawa Rakyat Digadai Politikus – Dr Maza

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengkritik sikap mementingkan diri ahli politik sehingga menggadaikan nyawa rakyat yang terpaksa berdepan gelombang pandemik Covid-19.

Katanya, sikap kebanyakan ahli politik hampir sama meskipun berbeza ideologi namun, dalam perjuangan merebut pengaruh, nyawa rakyat jadi taruhan.

“Benar, kebanyakan orang politik jujur untuk kepentingan diri mereka, sekalipun memusnahkan diri orang lain..apa warna, apa slogan, apa sepanduk, apa seruan, apa dalil, apa gelaran, apa lambang, apa jenama..sikap kebanyakan mereka hampir sama.

“Bagi membuktikan ketulusan mereka dalam berpolitik merebut pengaruh, nyawa rakyat pun mereka sanggup bertaruh,” tulis beliau di Facebook, hari ini.

Menurutnya, kebanyakan ahli politik bertindak tanpa memikirkan kesan dan akibat yang perlu ditanggung rakyat demi memuaskan nafsu politik mereka.

“Bagi membuktikan keikhlasan mereka berpolitik mengharungi badai, nyawa rakyat pun mereka gadai.

“Bahkan bagi membuktikan keluhuran untuk politik mereka kekal megah, nyawa rakyat pun mereka jual dengan murah,” tegurnya.

Kritikan beliau merujuk rekod 287 kes baharu positif COVID-19 semalam yang merupakan jumlah kes tertinggi pernah dicatatkan di negara ini dan majoriti dijangkiti individu yang pulang dari Sabah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,575FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat