Dr Adham Buat Laporan Polis Setelah Difitnah Main Golf Ketika Covid-19 Meningkat

CYBERJAYA – Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba hari ini membuat laporan polis selepas difitnah menyertai program bermain golf ketika kes jangkitan Covid-19 meningkat di negara ini.

Beliau memaklumkan perkara itu menerusi Facebook Friends Of Dr Adham Baba hari ini selepas Setiausaha Politik beliau, Ustaz Shamsul Najmi selesai membuat laporan di Balai Polis IPD Putrajaya.

“Beberapa pihak dan individu yang memfitnah dan juga buat komen keterlaluan, menghina dan biadap telah dinamakan di dalam laporan tersebut,” katanya.

Awal hari ini, beberapa orang netizen memuatnaik status menuduh Dr Adham bersuka ria bermain golf ketika negara diambang gelombang baru jangkitan Covid-19.

Beliau menyifatkan tuduhan itu sengaja dilakukan individu terlibat dengan mengambil kesempatan isu Covid-19 untuk memburukkan imejnya sebagai Menteri Kesihatan.

“Apa pula saya main golf? Ini fitnah. Tidak ada langsung penglibatan saya bermain golf kerana saya berada di Putrajaya pada waktu itu untuk mengendalikan taklimat berkenaan Covid-19.

“Selepas itu saya menghadiri mesyuarat bahagian latihan Kementerian Kesihatan bagi melatih petugas-petugas KKM dan juga latihan kepakaran,” katanya, ketika menjawab tuduhan tersebut.

Mengulas lanjut, Dr Adham berkata, beliau terbuka menerima sebarang kritikan atau teguran, namun tidak akan bertolak ansur jika melibatkan fitnah.

“Saya sedia menerima kritikan, teguran dan pandangan tetapi saya tidak akan berkompromi dengan fitnah dan orang yang bersikap biadap.

“Ya, rakyat berhak untuk kritik Menteri dan Kerajaan tetapi ia bukan lesen untuk memfitnah.

“Saya pula berhak pertahankan maruah diri kerana itu adalah Self Respect. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Insya’Allah hidup kita diberkati,” ujarnya, yang berharap pihak polis serta SKMM akan melakukan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya. – SuaraTV

Topik Hangat

Audio Anwar, Zahid ulas PAU 2020 tersebar, rundingan UMNO-PKR masih ‘on’

KUALA LUMPUR - Satu rakaman video dan audio didakwa mirip suara Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar...

Zahid tak berbual dengan Anwar lepas PAU 2020, lapor Polis audio fitnah

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berang dengan sebaran fitnah rakaman audio perbualan beliau dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Berita Berkaitan

Najib mampu pimpin sinar kebangkitan UMNO – Zaini Japar

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat mampu memberi sinar baharu kebangkitan semula UMNO mengambil kira pengalaman dan kebijaksanaannya memimpin parti dan...

Najib, BN tak bankrapkan negara

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak membentangkan fakta bahawa sepanjang sembilan tahun menjadi Perdana Menteri beliau tidak bankrapkan negara seperti didakwa. Najib menegaskan, jadi...

Serangan Bertali Arus Tak Goyahkan Zahid

KUALA LUMPUR – Mendepani 'mood' panas di saat musuh sibuk mengatur strategi dan menyusun atur perancangan untuk menyerang institusi presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid...