Menteri Kesihatan Kesal Jadi Mangsa Fitnah Main Golf Ketika Covid-19 Meningkat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba menafikan dakwaan beliau menyertai program bermain golf di Lotus Desaru Beach Resort, Johor, semalam.

Beliau menyifatkan dakwaan tersebut sebagai fitnah bertujuan memburukkan imejnya di tengah-tengah wabak Covid-19 berada pada tahap membimbangkan.

Malah tegasnya, pada hari sama, beliau mengendalikan tiga mesyuarat utama di Putrajaya.

Penegasan itu sekali gus menepis cakap-cakap beliau bermain sukan berkenaan walhal hakikatnya Adham tidak ‘pandai bermain golf’.

“Apa pula saya main golf? Ini fitnah. Tidak ada langsung penglibatan saya bermain golf kerana saya berada di Putrajaya pada waktu itu untuk mengendalikan taklimat berkenaan Covid-19. Selepas itu saya menghadiri mesyuarat bahagian latihan Kementerian Kesihatan bagi melatih petugas-petugas KKM dan juga latihan kepakaran.

“Pukul tiga petang pula saya mempengerusikan majlis penasihat kesihatan mental kerana pada waktu ini ramai yang terkesan malah pagi tadi pula saya membuat persiapan berkenaan Covid-19,” katanya ketika dihubungi Utusan Online hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjelaskan keadaan sebenar berkaitan salah satu program yang disertai di pusat peranginan terkenal di negeri itu.

Isu berkenaan tular dalam media sosial apabila seorang pengguna Twitter, @adammukhrizmy menerusi ciapannya memaparkan kain pemidang yang menunjukkan program di pusat peranginan berkenaan. Kiriman itu sekali gus mendapatkan satu ribu jumlah ciapan sejak semalam.

Tidak menolak dakwaan bahawa beliau dijadualkan hadir di tempat sama pada 4 Oktober esok, bagaimanapun, beliau dijadualkan hanya menyertai acara melibatkan program Komunikasi untuk Perubahan Tingkahlaku atau COMBI.

COMBI diperkenalkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2001 sebagai salah satu strategi menangani masalah Denggi di Malaysia.

“Kalau ada nama saya hari esok, saya kena bertemu penggerak dalam komuniti COMBI sebagai barisan hadapan di daerah masing-masing,” katanya. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat