Kes Covid-19 Di Putrajaya Terhad, Bukan Pusat Jangkitan – Dr Noor Hisham

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya bukan pusat jangkitan atau epic centre Covid-19, kata Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Ketua Pengarah Kesihatan itu berkata, Putrajaya tidak perlu dilabel sedemikian memandangkan kes penularan Covid-19 di situ tidak seagresif seperti Sabah atau Kedah.

“Kalau kita lihat Putrajaya adalah pusat pentadbiran tapi bukan pusat Covid-19 kerana kes di Putrajaya pun terhad dan pengawalan aktiviti kesihatan awam telah pun dijalankan.

“Kalau kita lihat untuk kluster-kluster yang lain pun kita telah berjaya tamatkan,” katanya pada sidang media khas di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan wartawan sama ada Putrajaya berkemungkinan akan menjadi titik tumpu atau epic centre pandemik Covid-19 di negara ini.

Mengulas lanjut, Noor Hisham berkata, sehingga kini, sebanyak 101 daripada 133 kluster Covid-19 yang dikesan di Malaysia telah berjaya ditamatkan hasil menggunakan kaedah kawalan kesihatan awam. – MalaysiaGazette

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat