Sarawak Akan Adakan PRN Bila-Bila Masa Dari Sekarang – Abang Johari

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sarawak memberi isyarat bahawa negeri itu sedia mengadakan pilihan raya pada “bila-bila masa dari sekarang” meskipun Malaysia berdepan lonjakan kes Covid-19.

Perkara itu disuarakan Ketua Menterinya, Datuk Abang Johari Tun Openg.

Pengumuman itu adalah petunjuk paling jelas setakat ini bahawa Abang Johari, yang juga presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan ketua Gabungan Parti Sarawak (GPS), sedang berusaha untuk memperluas mandatnya.

“Saya ingin menyampaikan mesej bahawa drum akan dibunyikan. Saya hanya tunggu masa sesuai untuk bunyikan drum (pilihan raya)

“Apabila drum dipukul pada bila-bila masa dari sekarang, kita semua mesti keluar untuk mempertahankan PBB dan GPS dalam pilihan raya,” katanya kepada konvensyen mini PBB di Sibu, hari ini.

Memetik laporan Malay Mail, Abang Johari bagaimanapun tidak memberitahu tarikh beliau akan menasihati Gabenor Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Mandat GPS pemerintahan akan tamat pada bulan Jun depan.

Abang Johari berkata PBB dan GPS mempunyai pengalaman dalam mentadbir negeri dan mereka akan mempertahankan hak-hak negeri yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC).

Sarawak mencatatkan tiga kes Covid-19 baru hari ini sementara, statistik harian negara meningkat kepada 317 jangkitan baru hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menggambarkan lonjakan baru-baru ini sebagai “gelombang ketiga”.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat