Sambung tugas sebelum ini, respons Abdul Hadi lantikan semula Duta Khas PM ke Timur Tengah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menganggap lantikan semula ke jawatan berkenaan membolehkan beliau menyambung semula tugasan yang ditinggalkan sebelum ini di samping menggerakkan perancangan baru.

Jelas Presiden PAS itu, beliau berazam meningkatkan lagi urusan-urusan kerjanya sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah.

Abdul Hadi berkata, sepanjang memegang amanah tersebut, beliau sudah mengadakan pertemuan diplomatik dengan 10 duta negara Timur Tengah bagi membincangkan mengenai kerjasama dua hala dalam bidang politik, ekonomi dan pendidikan.

“Tindakan susulan pula dilakukan oleh kalangan menteri menerusi siri lawatan dan antaranya adalah membabitkan perdagangan kelapa sawit yang meningkat.

“Kita turut membincangkan mengenai sektor pendidikan di Mesir dan Jordan selain kerjasama membantu rakyat Palestin. Kerja sudah dibuat cuma disambung semula dan ditingkatkan lagi,” katanya memetik Utusan Malaysia di Rusila, Marang.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika mempengerusikan Mesyuarat Kabinet pertama memutuskan untuk terus menyambung pelantikan Abdul Hadi di samping Datuk Seri Tiong King Seng (Duta Khas ke China) dan Datuk Seri Richard Riot (Duta Khas ke Asia Timur).

Presiden Pas itu dilantik memegang jawatan berkenaan semasa pentadbiran kerajaan di bawah bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 2 April tahun lalu.

Abdul Hadi yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Islam Madinah dan Ijazah Sarjana Muda Sains Politik dari Universiti Al-Azhar, Mesir adalah bekas Naib Presiden Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia.

Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata, kesemua duta-duta di Timur Tengah mengalu-alukan peranannya susulan hubungan baik dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di rantau berkenaan yang secara tidak langsung memudahkan lagi urusan kerja.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat