Tok Mat tak kecewa tak dilantik menteri, tetap sokong kerajaan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – “Banyak juga hikmah tiada dalam Kabinet ini kan, bukan senang untuk menjadi menteri dalam situasi krisis,” demikian maklum balas Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Pun begitu, kata beliau selaku orang nombor dua dalam parti, Mohamad akan mendukung kerajaan.

“Apa yang penting kerajaan ini mesti didukung kuat oleh parti, untuk parti dapatkan kekuatan,” katanya di Negeri Sembilan pada Jumaat.

Mohamad menjelaskan, tiada sebarang isu berbangkit di pihaknya berhubung ketiadaan nama beliau dalam senarai jemaah menteri yang dilantik, baru-baru ini.

ADUN Rantau itu menyifatkan bukan mudah memikul tugas sebagai menteri dalam situasi negara berhadapan dengan krisis ketika ini.

Mengulas mengenai desakan dan cadangan beberapa pihak sebelum ini supaya beliau diberi peluang berada dalam jemaah menteri, Mohamad berkata, itu hanyalah cadangan pihak berkenaan.

“Masing-masing punya cerita, saya rasa lega tiada dalam Kabinet pun, lagi saya rasa lega, bukan calang-calang dalam barisan Kabinet, dalam masa krisis ketika ini, bukan mudah,” katanya memetik Utusan Malaysia.

Dalam pada itu, berkenaan satu video yang tular di media sosial baru-baru ini, yang seolah-olah beliau kecewa tidak dipilih sebagai menteri, Mohamad berkata, itu hanyalah reaksinya yang bersahaja.

“Itu saya bersahaja, saya pergi ke masjid di Pinggiran Taman Tun Dr. Ismail, dekat dengan rumah saya, dia (individu merakam video) tanya bersahaja, saya juga bersahaja, biasalah politik, dalam politik biasalah, jadi tiada isu,” katanya lagi.

Mohamad sementara itu berharap semua menteri dan timbalan menteri yang dilantik dapat terus menjalankan tugas dengan keutamaan diberikan bagi menangani krisis COVID-19 dan ekonomi yang melanda negara.

“Dalam situasi krisis, tidak ada masa untuk berbulan madu atau berlengah-lengah lagi. Terus bekerja di atas kepentingan dan keutamaan kita untuk menangani krisis COVID-19 dan ekonomi,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat