Kekalkan kerusi menang, formula PRU-15 UMNO, PAS- Mohamad Hasan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Rundingan pembahagian kerusi PRU-15 antara UMNO dan PAS di bawah payung Muafakat Nasional (MN) kini sudah mencapai tahap 70 peratus.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan memaklumkan kata sepakat antara UMNO dan PAS itu dipersetujui menerusi siri mesyuarat MN yang telah diadakan di antara kedua-dua parti itu sebelum ini.

Kata Mohamad, menerusi persefahaman itu, formula yang telah dipersetujui sebelum ini, masih lagi kekal iaitu mana-mana parti yang memenangi sesuatu kerusi itu sebelum ini akan kekal bertanding di kerusi tersebut pada PRU-15.

“Memang setiap kali bermesyuarat, kita berbincang berkenaan tentang persiapan kita menghadapi PRU-15, cara mana untuk hadapinya bahkan di peringkat MN, kita juga ada jawatankuasa pembahagian kerusi.

“UMNO dan PAS telahpun bermesyuarat banyak kali dan persefahaman hampir 70 peratus telahpun ada, cumanya seperti yang saya kata, kerusi yang menang kita punya, kerusi yang PAS menang, adalah PAS punya.

“Formulanya masih sama, tidak timbul soal untuk kita ubah atau keluar daripada formula yang telah kita persetujui melainkan kalau ada perkara-perkara yang tidak boleh untuk bersetuju lagi, itu lain cerita,” katanya memetik Utusan Malaysia.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau berkata demikian ketika ditemui pemberita di lobi DUN Negeri Sembilan selepas menghadiri Persidangan Pertama (Perasmian) Penggal Keempat DUN Negeri Sembilan Yang Ke-14 pada Jumaat.

Sementara itu, Mohamad mengesahkan mesyuarat MN akan diadakan dalam masa terdekat selepas beberapa kali ia ditangguhkan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ujar beliau, walaupun mesyuarat di antara UMNO dan PAS tidak dapat dilaksanakan sebelum ini, namun semangat MN masih lagi beliau sifatkan sebagai utuh dan subur.

“Saya dan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (Timbalan Presiden PAS) adalah Pengerusi Bersama MN Peringkat Kebangsaan, kami selalu berhubung walaupun tanpa ada mesyuarat secara formal, kerana semangat MN itu masih subur lagi.

“MN ini masih lagi kuat, belum ada apa-apa keputusan yang selain daripada apa yang telah kita buat selama ini.

“Cumanya mesyuarat ini tidak dapat dilaksanakan kerana PKP, jadi insya-Allah apabila sudah dilonggarkan sedikit, bolehlah kami bermesyuarat,” katanya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat