180,000 Dos Vaksin CanSino Dihantar ke Sabah

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Sejumlah 180,000 vaksin dos tunggal CanSino dihantar ke Sabah secara berperingkat bermula 28 Ogos lalu hingga 6 September ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, sehingga hari ini sebanyak 44,000 dos vaksin tunggal CanSino diterima oleh negeri terbabit.

Menurutnya, proses pemberian vaksin mula dilakukan di Pulau Sebatik pada 29 dan 30 Ogos melibatkan 2,400 dos manakala di bahagian pedalaman Kinabantangan dengan 1,200 dos yang masih dilaksanakan.

“Proses pemberian vaksin mula dilakukan pada 29 hingga 30 Ogos di Pulau Sebatik sebanyak 2,400 dos, manakala di bahagian pedalaman Kinabatangan pula melibatkan 1,200 dos dan pengagihannya masih berjalan di kawasan ini.

“Aktiviti pemberian vaksin CanSino kepada penduduk di Pulau Mabul dijalankan selama dua hari iaitu sebanyak 1,000 dos hari ini dan 1,000 dos lagi esok,” katanya dalam kenyataan hari ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat