Keadilan Harus Ditegakkan, Tiada Siapa Terkecuali Daripada Keadilan – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan keadilan harus ditegakkan dan tiada sesiapa yang terkecuali daripada garis undang-undang berikutan kes pengawal keselamatan meninggal dunia setelah sekian lama terlantar sakit akibat diserang penyewa sebuah kondominium di Ipoh, Disember lalu.

“Saya sedih dan terkejut dengan musibah yang melanda keluarga S. Thava Sagayam ini,” kata perdana menteri melalui hantaran balas Twitter kepada ciapan Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran, hari ini.

Terdahulu, Kulasegaran dalam laman Twitternya merakamkan ucapan terima kasih kepada Ismail Sabri kerana meluangkan masa untuk bercakap dengan keluarga mendiang Thava Sagayam.

Pada Jumaat lepas, Thava Sagayam, 64, meninggal dunia selepas lama terlantar sakit berikutan diserang seorang oleh penyewa sebuah kondominium pada 29 Dis tahun lalu selepas anaknya dilarang menggunakan kolam renang yang ditutup kerana pandemik COVID-19.

Susulan itu, polis mengklasifikasikan semula kes itu sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan merujuk semula kes berkenaan kepada pihak pendakwa raya dengan mencadangkan pertuduhan yang lebih tinggi dikenakan kepada lelaki yang dipercayai terbabit kejadian itu.

Sementara itu, Ismail Sabri turut mengucapkan terima kasih kepada Kulasegaran atas keprihatinan beliau dalam isu mendiang itu. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,555FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat