Guru Wajib Vaksin, Malaysia Perlu Contohi Itali

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kakitangan awam termasuk golongan guru atau pendidik di negara ini perlu memahami kepentingan pengambilan vaksin untuk melindungi diri, keluarga serta masyarakat.

Dengan mengambil contoh, Itali mewajibkan guru lengkap divaksin sebelum dibenarkan kembali mengajar secara bersemuka di sekolah.

Itali juga mewajibkan pas kesihatan atau ‘Pas Hijau’ COVID-19 bagi guru dan penumpang pengangkutan awam termasuk penerbangan domestik, feri dan kereta api jarak jauh.

Pas Hijau yang juga lanjutan sijil digital COVID-19 Kesatuan Eropah (EU), diwajibkan untuk memasuki pawagam, muzium dan arena sukan tertutup atau makan di restoran.

Kakitangan sekolah dan universiti di Itali turut mewajibkan memiliki Pas Hijau, begitu juga pelajar-pelajar universiti.

Laporan media Itali memaklumkan, kakitangan tanpa pas selama lima hari berturut-turut akan digantung tugas dan gaji mereka dibekukan.

“Kementerian Pendidikan sedang membangunkan ‘aplikasi super’ baru yang akan membolehkan pengetua sekolah dan kakitangan pentadbiran memalui system automatic proses memeriksa bahawa kakitangan mereka mematuhi syarat tersebut. Kakitangan yang tanpa pas selama lima hari berturut-turut akan digantung dan gaji mereka dibekukan,” lapor media tempatan Itali.

Menteri Pendidikan, Patrizio Bianchi berkata lebih daripada 86 peratus kakitangan sekolah sudah divaksinasi dan jumlah itu mungkin hampir 90 peratus.

“Kadar vaksinasi di kalangan kakitangan sekolah nampaknya telah melebihi 90%,” katanya.

Menteri Kesihatan Itali, Roberto Speranza, meminta keluarga untuk memberikan vaksin itu kepada anak-anak berusia lebih 12 tahun dan berkata golongan remaja layak mendapatkan potongan harga bagi ujian pengesanan coronavirus.

“Pas Hijau akan diwajibkan bagi penerbangan domestik, kereta api dan beberapa perkhidmatan feri mulai 1 September ini.

“Keputusan yang mendapat bantahan beberapa pihak ini adalah kunci untuk membendung peningkatan wabak dan rakyat Itali digesa terus mendapatkan vaksin.

“Angka sekarang memberangsangkan, dengan 70 juta dos (vaksin) sudah diberikan,” katanya.

Itali adalah negara pertama di Eropah yang mewajibkan doktor dan pekerja kesihatan di sektor awam serta swasta mendapatkan vaksin atau berdepan tindakan dilarang bekerja secara langsung dengan pesakit.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat