TNB Menerusi YTN Peruntuk RM1.1 Bilion Taja Pengajian 16,000 Pelajar Cemerlang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB), menerusi Yayasan Tenaga Nasional (YTN) hari ini menganugerahkan 93 lagi pelajar cemerlang dengan Biasiswa YTN.

Walaupun landskap perniagaan semakin mencabar ketika ini, TNB masih meneruskan usaha dan komitmennya membantu para pelajar cemerlang melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti.

Sejak ditubuhkan pada tahun 1993, YTN telah membelanjakan lebih RM1.1 bilion dalam bentuk biasiswa, dermasiswa dan pinjaman boleh ubah kepada lebih 16,000 pelajar cemerlang melanjutkan pengajian mereka di institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara.

Tajaan pengajian itu adalah sebahagian daripada sumbangan TNB kepada masyarakat di bawah program Tanggungjawab Korporat (CR) yang meliputi bidang pendidikan, selain sosio-ekonomi, dan pemuliharaan alam sekitar.

Pengerusi TNB, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, TNB berkeyakinan pendidikan menjadi aset penting yang boleh membawa perubahan kepada kehidupan yang lebih baik kepada keluarga dan generasi akan datang.

“TNB dan YTN berhasrat dapat membentuk pelajar-pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, malah memperkasakan bakat kepimpinan yang tinggi dalam diri mereka,” katanya ketika berucap pada Majlis Penganugerahan Biasiswa YTN 2020 di Bangi hari ini.

Turut hadir, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan; Ketua Pegawai Insan TNB, Datuk Muhammad Razif Abdul Rahman; Pengarah YTN, Datuk Ir Dr. Ibrahim Hussein dan Naib Canselor Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Prof. Datuk Ir. Dr. Kamal Nasharuddin Mustapha.

Pada majlis itu, Mahdzir menyerahkan anugerah biasiswa kepada 93 pelajar terpilih daripada 7,700 pemohon untuk melanjutkan pengajian mereka di peringkat Ijazah Sarjana Muda bagi tahun akademik 2020.

Daripada jumlah itu, 73 pelajar melanjutkan pengajian di UNITEN manakala 20 lagi di universiti luar negara.

Menurutnya, tajaan itu juga adalah komitmen berterusan TNB dalam membantu kerajaan meningkatkan taraf hidup rakyat dan membangunkan modal insan menerusi pendidikan.- MalaysiaGazette

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat