Awie pernah hantar ‘proposal’ buat filem Datuk Bahaman kepada Finas, tapi…

- Advertisement -

Johor Bahru: Penyanyi rock dan pelakon terkenal tanah air Datuk Awie pernah berhasrat menghasilkan filem biografi epik sejarah sebelum munculnya filem Mat Kilau lagi.

Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman mendedahkan, beliau sudah menghantar kertas kerja bagi penghasilan filem berkenaan ke Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), namun tidak dapat dipastikan mengapa projek itu tidak berjaya diteruskan.

Katanya, ketika itu, beliau bercadang untuk mengangkat kehidupan tokoh sejarah Datuk Bahaman ke layar perak.

“Sebenarnya sebelum ini saya ada hantar proposal (kertas cadangan) kepada Finas sebelum filem Mat Kilau keluar di pawagam, tetapi tidak tahu mengapa perkara itu tidak jadi.

“Filem yang saya mahu hasilkan itu mengenai kehidupan Datuk Bahaman, tetapi tidak mengapalah mungkin bukan rezeki saya,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelepasan Konvoi Kempen Pencegahan Jenayah Komersial @ Awie Ride di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini, hari ini.

Hadir menyempurnakan majlis Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat dan turut hadir, pelawak Saifulazam Mohammad Yusoff atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek.

Ditanya sama ada beliau akan meneruskan projek filem Datuk Bahaman itu, Awie berkata, tidak dan akan memikirkan filem genre lain untuk dihasilkan pada masa depan.

“Sekarang ini orang dah terlalu sibuk bercakap fasal filem dengan genre sebegini, sampai ada yang cakap tak lama lagi keluarga filem Tok Janggut pula.

“Jadi tidak mengapalah, nanti saya cari idea filem lain selepas ini,” katanya.

Awie kini sedang bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk meningkatkan tahap kesedaran masyarakat terhadap jenayah penipuan secara dalam talian dan dilantik sebagai Duta Kempen Anti Scam PDRM.

Sementara itu, Saiful Apek pula memberitahu, beliau menganggap fenomena filem Mat Kilau sebagai petanda positif buat industri perfileman tempatan pasca pandemik Covid-19.

Filem Mat Kilau arahan Syamsul Yusof berjaya mencatat sejarah tersendiri dengan kutipan mencecah RM90 juta hanya selepas 33 hari ditayangkan di seluruh negara, Singapura dan Brunei Darussalam.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat