11 Ahli Parlimen UMNO tandatangan akuan tarik diri dari kerajaan?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – SuaraTV difahamkan 11 daripada 38 Ahli Parlimen UMNO menandatangani surat akuan menarik diri dari kerajaan Perikatan Nasional yang didakwa oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah dikemukankan kepada Duli Yang Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah.

Ahmad Zahid dalam sidang media khas MT UMNO menyatakan, “Surat Akuan Ahli-ahli Parlimen UMNO yang mencukupi angka bagi menzahirkan penarikan sokongan terhadap Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin Bin Haji Md Yasin sebagai Perdana Menteri telahpun dipersembahkan kepada KDYMM Yang di-Pertuan Agong, sekaligus menunjukkan kepimpinan beliau sudah hilang majoriti dan keabsahan selaku Ketua Kerajaan.”

Ahmad Zahid bagaimanapun tidak menjelaskan berapa orang dan bila diserahkan kepada Al-Sultan Abdullah.

Bagaimapun beberapa sumber menyatakan 11 orang ahli Parlimen UMNO terbabit menghantar surat tersebut ialah,

  1. Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datuk),
  2. Najib Abdul Razak (Pekan),
  3. Azalina Said Othman (Penggerang),
  4. Mohd Nizar Zakaria (Parit),
  5. Azeez Abdul Rahim (Baling),
  6. Noh Omar (Tanjung Karang) ,
  7. Ahmad Nazlan Idris (Jerantut),
  8. Ahmad Jazlan Yaakub (Machang),
  9. Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang),
  10. Ramli Mohd Nor (Cameron Highlands) dan
  11. Ahmad Maslan (Pontian).

Selain itu, Ahli Parlimen Lenggong, Shamsul Annuar Nasarah turut mengumumkan meletak jawatan dan meninggalkan kerajaan Perikatan Nasional.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,560FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat