PAS Sabah Akan Bertanding Beberapa Kerusi Pilihan

- Advertisement -

SABAH: Pesuruhjaya PAS Sabah Mohd Aminuddin Aling melaporkan bahawa PAS Sabah sudah memuktamadkan kerusi pilihan yang mereka akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sabah nanti.

“Kita sudah selesai berbincang, ada beberapa kerusi pilihan yang kita akan masuk bertanding. PAS Sabah akan serahkan kepada PAS Pusat untuk berbincang dengan rakan-rakan politik lain, katanya.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-14 lepas, kesemua calon PAS yang bertanding tewas dikesemua kerusi yang mereka tandingi di Sabah.

Sebelum itu, Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sabah Bung Mokhtar pada mesyuarat bersama kepimpinan UMNO Sabah pada hari ahad lepas juga menyatakan UMNO dan BN juga selesai berbincang mengenai kerusi yang akan ditandingi nanti.

Pilihan Raya Negeri Sabah diadakan ekoran konflik politik apabila bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman membuat sidang media menyatakan kerajaan Warisan dibawah Dato Seri Shafie Afdal hilang majoriti ekoran beberapa wakil rakyat menyokong Tan Sri Musa Aman untuk mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri.

Yang Di Pertua Negeri Sabah Tun Datuk Seri Panglima Dr Haji Juhar Datuk Haji Mahiruddin memperkenankan permohonan Ketua Menteri Sabah untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri pada 30 Julai 2020 lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengesahkan 73 kerusi DUN akan dipertandingan pada PRN Sabah yang akan diadakan tidak lama lagi.

 

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat