Skandal Terowong: Guan Eng Akan Di Tahan SPRM Jumaat Ini?

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dijangka akan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) minggu ini.

Menurut blogger, Raja Petra Kamarudin, Guan Eng bakal ditahan berhubung skandal terowong dasar laut dan tiga lebuh raya bernilai RM6.3 bilion yang menimbulkan pelbagai kontroversi.

“Lim Guan Eng telah berjumpa dengan kumpulan peguamnya bagi membincangkan mengenai kemungkinan dirinya ditahan minggu ini.

“Menurut DAP, SPRM dijangka akan menahan Guan Eng berhubung salah laku rasuah membabitkan projek terowong dasar laut Pulau Pinang paling lewat Jumaat jni,” ujarnya melalui laman Facebook sebentar tadi.

Terdahulu Guan Eng telah dipanggil untuk memberi keterangan sebanyak tiga kali

Kali pertama beliau hadir bagi membantu siasatan kes itu ialah pada 26 Julai lepas selama, kira-kira tujuh jam sebelum dilihat meninggalkan pejabat SPRM pada 7.13 malam.

Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan beberapa individu dilaporkan turut memberi keterangan kepada SPRM berhubung projek mega berkenaan yang membabitkan anggaran kos keseluruhan RM6.3 bilion.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki, sebelum ini dilaporkan berkata siasatan adalah berkaitan pengubahan wang.

Kes itu disiasat oleh SPRM sejak tahun 2017.

Projek berkenaan dirancang ketika Guan Eng menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

Projek terowong sepanjang 7.2 kilometer itu yang menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai, adalah termasuk di bawah Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP). – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat